Penerangan Lanjut Fungsi komponen pada kamera
Pendidikan

Penerangan Lanjut Fungsi komponen pada kamera

Penerangan Lanjut Fungsi komponen pada kamera

Penerangan Lanjut Fungsi komponen pada kamera

Shutter

Shutter dalam Bahasa Malaysia bermaksud tetingkap.Ianya terdiri dari beberapa siri bilah yang tersusun rapat antara satu sama lain dan bertindak sebagai tingkap.Shutter mengawal jumlah kemasukan cahaya melaluinya dengan pengawalan masa,sebelum cahaya itu diimbas pada sensor.

Penggunaan shutter ini berubah mengikut kreativiti kita.Tidak ada peraturan atau penetapan dalam penggunaanya.Jika kita nak mengambil gambar air terjun contohnya,dan kita hendak menunjukan air itu seperti sedang bergerak,kita bolehlah menurunkan kelajuan shutter kepada waktu yang panjang.Ini bermaksud,proses dari shutter terbuka dan membenarkan cahaya melaluinya sehingga ianya ditutup kembali mengambil masa yang telah kita tetapkan.Gambar air terjun itu seolah olah kelihatan sedang bergerak dengan laju.Begitulah sebaliknya, jika kita hendak mengambil gambar orang yang sedang berlari,kita boleh menetapkan masa shutter dari terbuka hinggalah tertutup pada waktu yang amat singkat.

Aperture 
Aperture dalam Bahasa Malaysia bermaksud bukaan.Aperture ini berbentuk bulat yang terdiri dari beberapa bilah besi yang disusun seperti cincin.Masih ingat montaj filem James Bond? Ianya bertindak seperti kelopak mata kita. Cuba kita kecilkan mata tetapi jangan sampai tertutup. Apa yang kita nampak? Sama? Tidak.Nak tahu mengapa orang rabun mengecilkan matanya apabila cermin mata tidak digunakan setiap kali untuk memerhatikan sesuatu? Ye.untuk melihat dengan lebih jelas.Fungsinya sama Cuma bahasa sains yang berlainan.

-Fungsi Aperture ini ialah mengawal jumlah cahaya yang masuk melalui lensa dengan menghadkanya melalui saiz bukaan lubang yang berbeza
-Ia tidak sama seperti Shutter,kerana shutter terletak sebelum sensor dan aperture terletak sebelum shutter.
-Shutter terdiri dari beberapa siri bilah besi yang disusun berbaris manakala aperture disusun seakan akan cincin.
-Shutter lebih pada pengawalan cahaya dan masa manakala aperture lebih pada pengawalan cahaya sahaja.

Pernah lihat gambar yang belakangnya kabur dan subjeknya terang? Haa..inilah dimana pengawalan Aperture dimainkan.Saiz aperture amatlah besar ketika ini. Tetapi macamana pula kalau kita taknak gambar itu jadi macam tu? Kita setkan saiz aperture menjadi kecil dan hasilnya gambar itu akan kelihatan jelas dari belakang hingga ke subjek

6

Tiada lagi imej yang kabur. Nah,faham tak sekarang ini?

Aperture ialah saiz bukaan lensa dimana cahaya masuk melaluinya.Beberapa siri bilah yang boleh diubah-ubah melalui gegelang yang terdapat pada lensa.Pada umumnya sekarang “aperture” boleh diubang dengan hanya memusing dial atau butang yang terdapat pada kamera .”aperture” diubah mengikut skala didalam unit “f-numbers”.

Pemilihan “aperture” bukanlah semata mata hanya untuk mendapatkan pencahayaan yang baik malah ia juga untuk memastikan imej yang terhasil itu dalam keadaan yg jelas. “aperture” sentiasa dalam keadaan terbuka sehingga kita menekan butang shutter.ini untuk memastikan kita dapat melihat imej itu dengan terang.

apabila kita mengubah “aperture” samada kecil atau besar, Selain kesan terhadap pendedahan,ia juga memberi kesan kepada tahap kejelasan imej.Ini juga dikenali sebagai “DEPTH OF FIELD”, ia terbahagi kepada ruang hadapan dan ruang belakang subjek.


Sumber: https://airborn.co.id/