Pembahasan kesahihan khulu’ apakah diharuskan atau tidak dan dalil yang bersangkutan dengannya
Agama

Pembahasan kesahihan khulu’ apakah diharuskan atau tidak dan dalil yang bersangkutan dengannya

Pembahasan kesahihan khulu’ apakah diharuskan atau tidak dan dalil yang bersangkutan dengannya

Pembahasan kesahihan khulu’ apakah diharuskan atau tidak dan dalil yang bersangkutan dengannya
Pembahasan kesahihan khulu’ apakah diharuskan atau tidak dan dalil yang bersangkutan dengannya

 

Khulu’ adalah

satu jenis talak kerana terkadang talak dijatuhkan tanpa ganti rugi dan terkadang dengan ganti rugi dan yang kedua inilah yang dinamakan dengan khulu’ (talak yang dijatuhkan dengan pembayaran atau ganti rugi).

Mazhab Syafi’e

asal hukum khulu’ adalah makruh dan sangat dianjurkan jika pihak isteri merasa teraniaya dan tidak ada hukum lain selain hukum ini khulu’ tidak dapat menjadi haram tidak wajib

Mazhab Maliki

khulu’ tidak sah dijatuhkan pada saat terlarang seperti halnya talak sebagaimana yang dibahas pada bab talak bid’ah

Apakah seorang lelaki boleh menganiaya atau menyeksa isteri sehingga ai minta cerai dengan memberi ganti rugi lalu jika pembayaran tersebut dilakukan apakah khulu’ dianggap sah lalu mengambil bayaran yang setimpal?

Mazhab Hanafi

jika suami berlaku kasar kepada isteri dengan tujuan agar isteri menggugat hak cerai maka ia diharamkan mengambil bayaran tersebut sama sahaja apakah dari mahar dan lainnya. Sebagaimana yang digambarkan dalam firman Allah: maka janganlah kalian mengambil dari mahar sedikitpun. Ayat ini melarang suami mengambil mahar yang telah diberikan kepada isteri sementara jika isteri berperilaku buruk terhadap suaminya bahkan tidak memberi haknya atau mengkhianatinya maka suami berhak mengambil ganti rugi atas talak yang ia jatuhkan dan perbuatan tersebut tidak makruh.

Mazhab Maliki

jika seorang lelaki menggauli isteri dengan buruk dengan tujuan agar isteri menggugat hak cerainya dengan bayaran jika hal ini dilakukannya kerana isteri sering meninggalkan solat atau kerana malas mandi jenabah maka ia boleh melakukannya. Bahkan ia boleh mengurung dan memberikan pelajaran sampai ia mahu melakukan kewajipannya. Jika ia menginginkan khulu’ maka ia boleh melakukannya sementara jika ia memperlakukan isteri dengan buruk seperti memukul dan menamparinya kerana alas an benci atau dengan tujuan untuk memperoleh harta atau isteri merasa mendapat dharar jika tetap bersama isteri. Jika suami melakukan hal ini kepada isteri lalu ia dibayar untuk menjatuhkan talak maka jatuhlah talak ba’in,sementara harta yang diambil dari isteri dikembalikan kepada isteri lagi jika khulu’ dilakukan pada saat isteri menyusui atau hamil.

Mazhab Hanafi

jika suami memperlakukan isteri dengan perlakuan yang tidak baik misalnya ia memukul atau menahan haknya dengan tujuan agar isteri meminta hak gugatan cerai dengan memberikan bayaran maka khulu’ dalam hal ini menjadi batal, sementara suami wajib mengembalikan apa yang ia terima dari isteri dan isteri tetap dalam tanggungan suami seperti halnya sebelum khulu’ terjadi, kerana isteri tidak redha dalam membayar ganti rugi talak sehingga suami tidak berhak mengambilnya. Firman Allah s.w.t: “dan janganlah kalian menyakiti mereka isteri-isterimu dengan tujuan agar engkau dapat mengambil kembali apa yang telah engkau berikan”.

Mazhab Syafi’e

asal hukum khulu’ adalah makruh, dengan demikian seorang suami makruh mengkhulu’ isterinya tanpa ada keperluan, seorang isteri juga makruh mengeluarkan harta untuk membayar khulu’ tanpa dharar atau alas an yang jelas akan tetapi hukum makruh ini mendapat pengecualian dalam dua hal antaranya:

Pertama – terjadi hubungan tidak baik diantara mereka berdua dimana masing-masing pasangan tidak memberikan hak kepada yang lain misalnya jika isteri tidak mentaati suami lagi bahkan akhlaknya sangat buruk atau sebaliknya suami memperlakukan isteri dengan perlakuan yang tidak baik maka dalam keadaan ini khulu’ sangat dianjurkan.

Kedua – suami bersumpah menjatuhkan talak tiga dengan syarat ia tidak akan memasuki gedung ini atau ia tidak akan memasuki gedung ini selama satu tahun maka dalam keadaan ini suami berhak mengkhulu’ isteri tanpa makruh sehingga jatuh talak ba’in dan ia boleh memasuki rumah tersebut sebab wanita tersebut bukan isterinya lagi dengan demikian ia tidak wajib menjatuhkan talak tiga sebagaimana yang ada dalam sumpahnya,kemudian ia telah menjatuhkan talak satu kerana khulu’ tersebut adalah talak bukan fasakh.

Sumber: dutadakwah.org